BLOG DITUTUP SEMENTARA

Maaf !

Guru Pembina Negara Bangsa




Kempen Jauhi Mukaddimah Zina

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra' ayat 32 :-

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Maksudnya : " Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Daripada ayat ini Allah SWT memberitahu bahawa sesungguhnya kita WAJIB menjauhkan diri dari melakukan sebarang perbuatan yang boleh membawa kepada zina. Contohnya :

> Berdua-duaan @ berkhalwat
> Bertukar-tukar surat, email, gambar, sms dll yang berbaur cinta & nafsu
> Berpegangan tangan @ bersentuhan bahu dan sebagainya
> Berbalas senyuman serta kenyitan mata
> Memakai wangian bagi wanita
> Memakai pakaian yang menjolok mata juga bagi wanita
> Dan banyak lagi...

Perkara-perkara ini WAJIB dihindarkan kerana ia boleh membawa kepada berlakunya ZINA secara langsung atau tidak langsung. Lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang mengaku diri mereka PELAJAR MUSLIM @ PELAJAR SEKOLAH AGAMA yang memakai tudung labuh atau memakai songkok hitam di kepala & mendapat didikan serta tarbiyyah secara khusus dari para ustaz & ustazah di sekolah.

Jangan memalukan diri anda. Jangan mencalarkan hati ibubapa anda yang bersusah-payah membesarkan anda serta menghantar anda ke sekolah agama. Jangan mengotorkan nama baik sekolah anda serta menconteng arang ke muka para pendidik, ustaz & ustazah anda seolah-olah anda tidak pernah diberi didikan, nasihat, teguran serta peringatan tentang bahaya mukaddimah zina @ zina itu sendiri.

Kepada para pelajar lain pula, jangan biarkan sahabat-sahabat anda terjerumus ke lembah hina & zina. Anda menyumbang kepada rosaknya iman & akhlak mereka dengan membiarkan mereka tanpa sebarang nasihat @ teguran. Sungguh pelik lagi aneh bila mana para pelajar ini berani berkata kasar @ berlaku kurang ajar dihadapan guru mereka tetapi tidak berani menegur rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan. Hebatkah anda ? Hero kah anda kalau sebenarnya ada seorang pengecut. Pengecut kerana tidak mampu menegur rakan-rakan yang seronok dengan mukaddimah zina.

Harapan para pendidik SAMSMEL samada pentadbir, guru agama atau bukan guru agama, insaflah. Muhasabah dan koreksilah diri anda sedalam-dalamnya. Hayati dan renungi tujuan kita diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini. Renungkan sedalam-dalamnya segala susah-payah serta penah-lelah ibubapa anda membesarkan anda. Mereka inginkan anda menjadi anak yang soleh dan solehah bukan anak yang tidak mengenang budi, anak kurang ajar @ anak derhaka. Mereka tak sanggup melihat anda menjadi pelajar yang berakhlak buruk, tidak menghormati guru, rosak dan tiada harga diri @ maruah.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Wallahu a'lam.

Related Posts with Thumbnails