Hari Kecemerlangan Pelajar 2007

Tarikh : 23 Februari 2008
Lokasi : Dewan SAMSMEL

Pada hari ini, para pelajar yang cemerlang seluruh tingkatan diberikan anugerah oleh pihak sekolah. Mereka yang terlibat adalah semua warga & pelajar SAMSMEL, AJK PIBG dan ibubapa pelajar yang menerima anugerah sahaja.Acara bermula pada pukul 9.00 pagi selepas pendaftaran dan dirasmikan Puan Pengetua SAMSMEL, Puan Hajjah Noor Hiyati bt Othaman. Para calon PMR pada tahun 2007 telah berjaya mencapai tahap lulus 100%, dan menjadikan sekolah kita berada di tempat kedua selepas Sekolah Seri Puteri dalam seluruh daerah Sepang.

Seminar Teknik Membuat Nota

Tarikh : 15 Februari 2008
Terlibat : Pelajar tingkatan 3 dan 4
Lokasi : Dewan SAMSMEL

Program bermula seawal pukul 8.00 pagi. Pelbagai kaedah dan teknik membuat nota berkesan ditunjukkan. Melalui kaedah penggunaan pelbagai warna contohnya, dapat memudahkan para pelajar memahami pelajaran. Selain itu, nota-nota yang ringkas lebih menarik minat dan merangsang semangat untuk mengulangkaji. Program berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi.

Related Posts with Thumbnails