Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Daerah Sepang

Tarikh : 29 Mac 2008
Terlibat : Para peserta dan guru pengiring
Lokasi : SMK Teknik Sepang

Sekolah kita telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai acara tilawah Al-Quran dan hafazan. Pertandingan hafazan yang diwakili oleh saudari Naimah bt Ruzi dan saudara Muaz b. Ab Malik telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala acara tilawah disertai saudari Nur Sufianah Hidayatul bt Md Yusuf dan saudara Rabbani b. Roslan.

Sambutan Maulidurrasul SAW

Tarikh : 21 Mac 2008
Masa : 9.00 pagi
Terlibat : Semua pelajar SAMSMEL
Lokasi : Surau Al-Azhar, SAMSMEL

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini bertemakan “ Rasulullah SAW Model Ummah ”, pengisiannya merupakan ceramah yang disampaikan oleh jemputan luar; Ustaz Mohd Rozie bin Mohd Rejab. Penyampaian beliau berkisar mengenai sirah Rasulullah s.a.w di samping turut dikaitkan dengan realiti hidup masa kini, khususnya remaja. Beliau juga turut mengingatkan para pelajar agar tidak lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Program ini diakhiri dengan sesi soal – jawab dan solawat.

Majlis Perlantikan PRS SAMSMEL

Tarikh : 7 Mac 2008
Lokasi : Dataran Perhimpunan SAMSMEL

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan ucapan Puan Pengetua, Puan Hajjah Noor Hiyati bt Othaman dan Guru Penasihat PRS, Puan Faridah bt. Osman sebelum turut dirasmikan oleh Puan Pengetua. Antara peranan utama organisasi ini ialah membantu guru dalam membimbing para pelajar yang bermasalah menerusi khidmat kaunseling.

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Sekolah

Tarikh : Mac 2008 ( dalam tempoh dua minggu )
Terlibat : Semua pelajar SAMSMEL
Masa : 3.00 – 5.00 petang

Pelbagai acara yang telah diadakan oleh pihak sekolah, antaranya ialah nasyid, tilawah Al-Quran, marhaban dan pelbagai lagi. Pungutan mata akan menyumbang kepada markah keseluruhan firqah. Acara-acara yang dipertandingkan diadili oleh para guru SAMSMEL.

Related Posts with Thumbnails