Sambutan Israk Wal Mikraj

30 Julai 2008 bersamaan 27 Rejab 1429 Hijrah, bertempat di Dewan Baru SAM Sungai Merab Luar, perayaan kebesaran Islam turut dianjurkan bertujuan melahirkan penghayatan Islami dalam diri setiap pelajar.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah menjemput Ustaz Abdul Hakam b. Jaaf dari sebuah pertubuhan kerajaan, Aman Palestin untuk menyampaikan input berkenaan sambutan Isra` dan Mikraj.

Beliau menyampaikan ceramahnya beserta tayangan slaid untuk menambah pengetahuan pelajar selain mengukuhkan ketahanan pelajar mengenai perjalanan Isra` dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Beliau turut menerangkan kelebihan Masjidil Aqsa dan kepentingannya buat umat Islam. Pada akhir ceramah, beliau menegaskan kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang kepada diri, ad-deen Islam , masyarakat dan negara.

Kelas Asas Pembinaan Blog

Blog adalah sebuah laman web pilihan ramai yang merupakan medium untuk menyampaikan pelbagai maklumat secara online. Blog juga boleh dikategorikan sebagai online journal atau diari online.

Pada tahun 2008 ini, para pelajar SAMSMEL tidak ketinggalan dalam arus teknologi semasa dan mereka juga telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran ICT. Dimulakan dengan para pelajar Tingkatan 4, Unit ICT telah mengadakan kelas asas pembinaan blog ini bagi memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran ICT sedia ada. Berikut adalah antara hasil blog yang telah berjaya dibina oleh para pelajar Tingkatan 4 :



Sekiranya anda juga seorang blogger, layarilah blog mereka dan berilah komen yang membina. Ingat, mereka baru belajar. Bimbinglah mereka dengan betul. :-)

Pra Percubaan PMR & SMA

Peperiksaan PMR dan SMA bakal dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 3 dan 4 tidak lama lagi. Nampaknya pelbagai usaha telah dilakukan sebagai persediaan menghadapi dua peperiksaan besar tersebut. Antaranya seminar motivasi dan sebagainya.

Sebagai persediaan sebelum menghadapi Peperiksaan Percubaan pada 11-14 Ogos nanti, para pelajar Tingkatan 3 dan 4 akan diuji dengan Peperiksaan Pra Percubaan terlebih dahulu yang akan dijalankan pada 28 Julai hingga 1 Ogos nanti.

Buat semua pelajar Tingkatan 3 dan 4 tahun 2008 ini, semoga berjaya menghadapi semua Ujian dan Peperiksaan yang dihadapi.

Pertandingan G-Math Daerah Sepang

10 Julai 2008 (Khamis), bertempat di bangunan baru sekolah, julung-julung kalinya sekolah kita menjadi tuan rumah bagi daerah yang berprestij ini. Pertandingan G-Math ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu katergori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. Sekolah kita telah dikunjungi oleh sekolah-sekolah daerah sepang yang turut menyertai pertandingan ini.

SAM Sungai Merab Luar dalam kategori sekolah menengah diwakili oleh empat orang peserta iaitu Mohd Azril b. Anwar (tempat pertama), Nur Ain bt. Zulkifli (tempat kedua), Mohd Arif b. Hanis (tempat ketiga), Aina Syafiqah bt. Azirul Azly. Tiga daripadanya telah berjaya melayakkan diri ke tiga tempat teratas, manakala tempat keempat jatuh ketangan peserta Sekolah Seri Puteri.

Selain itu, pasukan sekolah kita berjaya menggungguli gelaran kumpulan terbaik bagi pertandingan tersebut. Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada para genius ini. Semoga kejayaan wakil sekolah dalam pertandingan berunsur Matematik ini dapat menjadi perangsang buat pelajar-pelajar lain.

Related Posts with Thumbnails