Mesyuarat Agung Kokurikulum

Mesyuarat Agung Kokurikulum dimulakan dengan pertemuan semua Badan Beruniform di lokasi yang telah ditetapkan bermula dari jam 1.10 petang hingga tamat persekolahan iaitu pada jam 2.20 petang.

Mesyuarat diadakan bertujuan melantik AJK yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari dan 5 orang AJK Kecil.

Setiap pelajar wajib menyertai satu Badan Berunifrom yang terdiri daripada Kelab Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba Dan Penyelamat, Kadet Polis dan Puteri Islam. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar.

Pada hari Selasa, 12 Januari pula para pelajar akan menghadiri Mesyuarat Agung bagi Kelab & Persatuan. Antara kelab & persatuan tersebut ialah : Kelab Agama & Kemanusiaan, Kelab Keusahawanan, Kelab Penjegahan Jenayah, Kelab Komputer, Persatuan Bahasa dan sebagainya.

Manakala pada hari Rabu, 13 Januari pula akan diadakan Mesyuarat Agung bagi Kelab Permainan dan Rumah Sukan. Antara kelab permainan seperti Kelab Bola Sepak, Kelab Bola Jaring, Kelab Bola Tampar dan sebagainya. Manakala Rumah Sukan terdiri daripada Rumah Merah (Firqah Abu Bakar), Rumah Biru (Firqah Umar), Rumah Kuning (Firqah Ali) dan Rumah Hijau (Firqah Uthman).

Welcome Back To SAMSMEL

Sesi Persekolahan 2010 telah bermula. Maka bumi SAMSMEL kembali rancak dengan pelbagai aktiviti yang menyibukkan. Bermula dengan sesi menyusun kerusi dan meja bagi setiap kelas sehinggalah kesibukan Ustaz Zulkifle di bilik BOSS dengan pengagihan buku-buku teksnya.

Apa pun, kemeriahan ini bermakna SAMSMEL akan mula mengorak langkah mencipta kejayaan demi kejayaan yang baru pada tahun 2010 selepas 6 orang pelajarnya meraih 9A dalam PMR 2009 yang lepas. Kemeriahan ini akan berterusan dengan kegigihan para pendidiknya dan kecekalan para pentadbirnya serta kesungguhan para pelajarnya.

Semoga tahun 2010 ini bakal digemparkan dengan pelbagai siri kejayaan pelajar-pelajar SAMSMEL walau di mana pun mereka berada dan siapa pun pendidik yang silih berganti memberi tunjuk ajar serta bimbingan ke arah menjadi insan yang lebih terbilang. GO SAMSMEL !!!

Salam Maal Hijrah 1431


Related Posts with Thumbnails