Keputusannya adalah SAMSMEL mendapat 95.8 % dengan GPS 2.30. Jumlah mengikut gred adalah seperti berikut :
Mumtaz - 10 orang
Jayyid Jiddan - 17 orang
Jayyid - 15 orang
Maqbul - 4 orang
Rasib -2 orang.
Selamat datang ke Blog SAM Sungai Merab Luar. Blog ini dibina sebagai wasilah untuk menyampaikan maklumat, informasi dan aktiviti terkini di SAM Sungai Merab Luar. Terima kasih atas kunjungan anda dan setialah bersama kami di Blog SAMSMEL :-)
Dikemaskini pada : Khamis, Januari 14, 2010
Dikemaskini pada : Isnin, Januari 11, 2010
Mesyuarat Agung Kokurikulum dimulakan dengan pertemuan semua Badan Beruniform di lokasi yang telah ditetapkan bermula dari jam 1.10 petang hingga tamat persekolahan iaitu pada jam 2.20 petang.
Mesyuarat diadakan bertujuan melantik AJK yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari dan 5 orang AJK Kecil.
Setiap pelajar wajib menyertai satu Badan Berunifrom yang terdiri daripada Kelab Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba Dan Penyelamat, Kadet Polis dan Puteri Islam. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar.
Pada hari Selasa, 12 Januari pula para pelajar akan menghadiri Mesyuarat Agung bagi Kelab & Persatuan. Antara kelab & persatuan tersebut ialah : Kelab Agama & Kemanusiaan, Kelab Keusahawanan, Kelab Penjegahan Jenayah, Kelab Komputer, Persatuan Bahasa dan sebagainya.
Manakala pada hari Rabu, 13 Januari pula akan diadakan Mesyuarat Agung bagi Kelab Permainan dan Rumah Sukan. Antara kelab permainan seperti Kelab Bola Sepak, Kelab Bola Jaring, Kelab Bola Tampar dan sebagainya. Manakala Rumah Sukan terdiri daripada Rumah Merah (Firqah Abu Bakar), Rumah Biru (Firqah Umar), Rumah Kuning (Firqah Ali) dan Rumah Hijau (Firqah Uthman).
Dikemaskini pada : Isnin, Januari 04, 2010
Sesi Persekolahan 2010 telah bermula. Maka bumi SAMSMEL kembali rancak dengan pelbagai aktiviti yang menyibukkan. Bermula dengan sesi menyusun kerusi dan meja bagi setiap kelas sehinggalah kesibukan Ustaz Zulkifle di bilik BOSS dengan pengagihan buku-buku teksnya.
Apa pun, kemeriahan ini bermakna SAMSMEL akan mula mengorak langkah mencipta kejayaan demi kejayaan yang baru pada tahun 2010 selepas 6 orang pelajarnya meraih 9A dalam PMR 2009 yang lepas. Kemeriahan ini akan berterusan dengan kegigihan para pendidiknya dan kecekalan para pentadbirnya serta kesungguhan para pelajarnya.
Semoga tahun 2010 ini bakal digemparkan dengan pelbagai siri kejayaan pelajar-pelajar SAMSMEL walau di mana pun mereka berada dan siapa pun pendidik yang silih berganti memberi tunjuk ajar serta bimbingan ke arah menjadi insan yang lebih terbilang. GO SAMSMEL !!!
Alamat
SAM Sungai Merab Luar
43000 Kajang, Selangor D.E
No. Telefon
03-89259824
No. Faks
03-89254507
Website
http://samsmel.bpi.edu.my
Blog
http://samsmel.blogspot.com
Pengetua
Puan Hjh Noor Hiyati bt. Othaman
GPK Akademik
Ust. Mohd Yaziz b. Kasran
GPK HEM
Ust. Mohd Rahman b. Sulaiman
GPK Kokurikulum
Puan Yusmahida bt.Othman
Ketua Guru Asrama
Ust. Mohd Rahman b. Sulaiman