Jamuan 3 Dalam 1

Jumaat, 22 Jan. Majlis jamuan ini bermula pada jam 12.30 tengahari di kantin sekolah. Jamuan ini diadakan bersempena 3 acara iaitu menyambut kedatangan guru-guru baru, majlis perpisahan dengan Ustazah Hanizah yang berpindah ke SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi dan penghargaan kepada guru-guru SMA di atas kejayaan meraih tempat ke 3 pada Peperiksaan SMA 2009.

Majlis ini diadakan secara sederhana dengan dipengerusikan oleh Sir Kamal. Majlis didahului dengan ucapan aluan Puan Pengetua SAMSMEL, Puan Hajjah Noor Hiyati bt. Othaman. Kemudian Ustaz Wan dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan sebagai mewakili semua guru-guru yang baru. Ucapan seterusnya oleh Ustazah Hanizah di mana beliau memberikan kata-kata nasihat dan amanat terakhir buat semua warga SAMSMEL.

Sebelum menjamu selera juadah makan tengahari, Ketua Pelajar iaitu Saudara Mohamad Rabbani mewakili semua pelajar tingkatan 5 yang mengambil Peperiksaan SMA pada tahun 2009 menyampaikan cenderahati sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru SMA sehingga berjaya meraih tempat ketiga terbaik di Negeri Selangor dalam keputusan Peperiksaan SMA baru-baru ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis jamuan tersebut :

Penghargaan Buat Guru-Guru SMA 2009

Sekalung penghargaan buat semua guru-guru matapelajaran Sijil Menengah Agama (SMA) yang telah bertungkus-lumus mendidik dan mengajar calon-calon Peperiksaan SMA bagi tahun 2009 di atas kejayaan yang telah dicapai baru-baru ini. Mereka adalah :

  1. Ustaz Mohd Rahman b. Sulaiman - Bahasa Arab 1
  2. Ustazah Hanizah bt. Hussin - Bahasa Arab 2
  3. Ustazah Rosmarina bt. Othman - Tafsir Hadith
  4. Ustaz Ahmad Zunaidi b. Busu - Tauhid Feqah
  5. Ustaz Zulkifle b. Mohd Zazuly - Al Quran


Segala jasa dan pengorbanan kalian dalam mengharumkan nama SAMSMEL tidak akan dilupakan dan semoga Allah memberkati serta membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Jazakumullahu khairan kathiran ...

Tahniah ! SAMSMEL Ranking Ke 3


Hari ini keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2009 telah diumumkan di Dewan Seminar Masjid Negeri, Shah Alam. Keputusan yang dinanti-nantikan oleh semua warga SAMSMEL baik guru dan calon-calon peperiksaan iaitu para pelajar tingkatan 4 2009.

Keputusannya adalah SAMSMEL mendapat 95.8 % dengan GPS 2.30. Jumlah mengikut gred adalah seperti berikut :

Mumtaz - 10 orang
Jayyid Jiddan - 17 orang
Jayyid - 15 orang
Maqbul - 4 orang
Rasib -2 orang.


ALF MUBARAK kepada semua guru dan pelajar !!! Ternyata SAMSMEL memang hebat apabila mengulangi kejayaan sebelum ini dengan meletakkan keputusan Peperiksaan SMA di ranking TOP 5. SAMSMEL adalah ranking ke 3 daripada semua sekolah SABK di Negeri Selangor.

Related Posts with Thumbnails